Pages

Saturday 30 June 2012

Kenapa Seseorang Boleh Bersin Ketika Terdedah Kepada Matahari




Mungkin ini adalah salah satu kebiasaan lucu sekaligus menghairankan. Beberapa orang seringkali bersin semasa menghadap atau melihat matahari. Ini bukan hal yang sukar ditemui, kerana beberapa orang juga mempunyai kebiasaan bersih saat sinar matahari mengenai wajah mereka. Lalu, apa penyebab kebiasaan ini?

Pagon, seorang doktor kanak-kanak yang mengendalikan rawatan genetik di Seattle Children Hospital mengatakan bahawa kebiasaan bersin saat menghadap sinar matahari ini merupakan hal yang diturunkan dan biasa disebut "photic sneeze reflex."

Tak hanya disebabkan oleh faktor genetik, Pagon juga menjelaskan bahawa banyaknya jumlah bersin yang dilakukan biasanya juga sama dan turun-temurun.

Uniknya, penemuan ini berjaya dipecahkan oleh Pagon secara tidak sengaja ketika menghadiri persidangan kesihatan bersama rakannya. Mereka membicarakan topik ini, dan secara kebetulan diketahui bahawa empat daripada 10 orang di antara mereka mempunyai reaksi ini.

"Salah satu rakan sekerja mengatakan bahawa orang di keluarganya bersin sebanyak lima kali, di keluargaku sebanyak tiga kali, dan pada orang lain hanya satu kali," kata Pagon, seperti dilaporkan oleh MSNBC.


Mereka mendapati bahawa setiap individu yang punya kebiasaan ini mempunyai peluang sebanyak 50% untuk menurunkan kebiasaan tersebut pada anaknya. Meskipun kebiasaan ini tampak tak biasa, namun ini bukanlah fenomena yang jarang ditemui. Diketahui sekitar 18 - 35% orang mempunyai kebiasaan ini, atau sekadar sensasi menggelitik pada hidung mereka apabila melihat sinar matahari. Beberapa orang bahkan mengalaminya dengan cahaya yang berbeza, seperti sinar lampu, kilatan dari kamera, dan lain-lain.

Nicolas Langer, PhD, seorang penyelidik neuropsikologi Universiti Zurich menjelaskan bahawa refleks yang terjadi ketika seseorang bersin ini bukan termasuk refleks klasik yang melibatkan batang otak atau sumsum tulang belakang, melainkan area kortikal yang lain.

Salah satu teori yang ditawarkan Langer adalah bahawa sistem visual otak yang lebih sensitif terhadap cahaya. Ketika melihat cahaya, sistem ini langsung mengaktifkan daerah somatosensori yang kemudian mencetuskan bersin.

Teori lain bahawa ada dua saraf yang terletak berdekatan, iaitu saraf optik dan trigeminal, sehingga cahaya yang masuk juga berhubung dengan hidung dan menyebabkan bersin.

Walaupun sepertinya tidak berbahaya, namun orang yang mempunyai kebiasaan ini sebaiknya memperhatikan jenis pekerjaan yang akan mereka ceburi. Beberapa profesion, seperti pilot, pemain besbol, atau pemain akrobat boleh jadi tidak sesuai untuk orang yang mempunyai kebiasaan ini. 



Thursday 28 June 2012

Bahasa Kesat/Kasar Yang Selalu Digunakan Pada Masa Kini




Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita.Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja.

SIOT:
Siot adalah dari perkataan bodoh ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji  pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang b*d*! Janji pukul 2 datang pukul 5".

KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog isuhangat? berbanding Kau curi artikel dari blog isuhangat?

SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".

HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"

KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau! ni memang penipu"

WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"

SIOL:
sama jugak maksud mcm siot....

KEWAK:
maksudnye adalah pu**ma*...kalo kite ckp 'kewak la ko' adalah lagi lembut berbanding 'pu**ma* la ko'..

BATAK :
lebih kpd jakun @ rakun...kehkehkeh..."batak tahap gaban tul la..ko ni fizie" Cth....jgn mare...kehkehkeh....

Cipanos :
Huh..kata ganti kpd babinos....so..jgn gne selalu ayat ni...pasti muka korg akan kne nos nnt....warwarwar....

Gampang : kata ganti diri utk melempang @ pelempang....."hari2 radinnaz gampang icu..." huh...sungguh kejam ayat tu....kuikuikui

CEREMPIT (sifat2 OKU dan tak cukup sifat yg suka kutuk2 n ngata2 kat belakang)
cth: ish2... ramai betul budak2 cerempit skrg ni ye..... mcm ada sorang kuli aku tu dah jadik budak cerempit.. baru masuk keja dan pandai nk demand gaji tinggi...keja buat2 ala2 kadar jek

BOTOL (b*d*h tolol)
cth: mmg botol la mamat tu.... aku suh buat lain dia buat lain.... ada ke buat air sirap dia letak sos cili.... aku kata jus SIRAP...... bukan jus SOS CILI.... itu sowang lagi kuli aku yg sll gitu

HAPRAK (ada kepala mcm ok tp tp tak leh pakai punye)
cth: haprak betul la makhluk sekor ni, muka je nampak brutal.. pastu ckp bgai nak gah je tp bila ada filem hindustan ...... tang part sedih tu siap nangis2 lagi tersedu sedan... siap meleleh2 hingus tu.... kata aku yg lebih...dia pun lagi lebey..... ni pun sowang lagi kuli aku...

CEKLETO'EH Cekleto'eh ada satu perkataan dari Nairobi, Africa merupakan perkataan PALING UNIVERSAL sekali kerana ia boleh digunapakai di beberapa ayat dan tempat...

contoh :-

Nak makan-
"Jom kita cekleto'eh nasik goreng... lapor ni"

Mencuri :-
"Seekor tenggiling rempit telah mencekleto'eh motor mat rempit lain.."

Menipu :-
"Ko jangan nak cekleto'eh aku. Semalam aku tengok kat lorong, harga gab RM10 je semalam"

Berak :-
"Apaaa makkk??? Orang dalam jamban ni...tengah cekleto'eh" kata Fizie yang tengah berak dalam bilik tidurnya sambil ditemani sliparjepun.

Bahasa Office :-
"Setelah syarikat mengalami peningkatan cekleto'eh, kapasiti cekleto'eh didalam gudang akan meningkatkan kadar sifar cekleto'eh"

Seks suami isteri :-
"Aku nak balik awal ni, nak cekleto'eh bini.."

BINGAI
utk ssorg yg b*d*h, xphm bahase @ org pggl wt xtau / wt b*d*h...
(hanya grau2an bdk skula)

SUWEI
srg yg btl2 bengong or wt2 bengong...
(hanya grau2an bdak skola)

sengal
haku pon tatau maknanya camana... tapi kalau ditunjukkan pada seseorg, gerenti org tu bertaraf tak guna...

cap ayam/cikai...
low class punya brg.....

harun salim ...... hamjadah...

BADIGOL SOOT=org2 yg perangai cam hampeh,xleh diarap,soh wat len tp die wat mende len,perasan hensem(bg laki2),bla..bla..bla..bla..

HABANGJAKANGSUK=harimau kumbang jatoh longkang...eeeee...busuk!!!!

SUNCAHTOT=suntut sampai pecah lubang bontot

TEJUJU=terajang laju2

TAMYAKCUK=tamparan ketiak bucuk

KUTAK=kuli batak
cth ayat:

Radinnaz:Ko ni BADIGOL SOOT btol la Cleaner.Aku sumpah ko jd SOOT BADIGOL bru ko tau!

Cleaner:Ye boss..hambe akui hambe ni mmg BADIGOL SOOT.Tp SOOT BADIGOL tu da lebey...hambe truz jd marah. Ni yg hambe rs cam nak btukar jd HABANGJAKANGSUK ni.

Radinnaz: a-eh,lawan toke lak ko ye??Nak kene SUNCAHTOT ke ko ni??Ke ko nak kene TEJUJU gn aku??

Cleaner:boss kire boss pye SUNCAHTOT gn TEJUJU je..hambe punye TAMYAKCUK boss xrase g..lg sedap dr ABC kt kdai kite ni

Radinnaz:Eh,bile mase lak kite kd shepatner ni??Igt,ko tu KUTAK aku je..Dah,g basoh  jamban kt blakang tu..da bau ketiak Mr Rie da jamban aku tu..

Cleaner: Jamban boss??hemoh2!

sewel = sengal
ko nih 'sewel' la cuci tandas...

cak'ekg = gempak
abe fiziekal nih 'cak'ekg' la...

spenda = lurus bendul
ko nih amatlah 'spenda' cuci tandas. cube la jadi mcm abe fiziekal iaitu org yg baik2 belaka...

lantoi = celaka
mengapala si cuci tandas nih amatlah lantoi perangainye...

Saturday 23 June 2012

Design Facebook Dari Dahulu Hingga Sekarang

Siapa yang tidak tahu Facebook ... ia 'social network' yang paling popular saat ini di seluruh dunia, kamu sebagai facebookers sekurang-kurangnya harus tahu sedikit perkembangannya dari awal hingga sekarang. Ini adalah tampilan Facebook dari semasa ke semasa.

                                                                          2004 


2006


2007



2008


2009

2011


Thursday 21 June 2012

Pandangan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Tinggal Solat


klik gambar untuk besar


Berpegang pada kefahaman Islam, tetapi tidak solat. Mungkin mereka terlupa bahawa, solat itu adalah tiang agama. Jangan kita kita lupa berterima kasih kepada Pencipta yang dtgkan kita ke dunia ni.

  • Terlalu sibuk dengan aktiviti harian hingga terlupa adanya Allah S.W.T.
  • Terlalu penat bekerja cari rezeki hingga terlupa, rezeki itu pemberian Allah S.W.T.
  • Asyik berfikir tentang dosa yang sudah dibuat, hingga terlupa mahu fikir, apa amal yang belum buat. Asyik risau tentang ibadat yang bakal dibuat, takut tidak diterima, sedangkan ibadat tersebut, belum cuba dibuat.
  • Sibuk mahu menuding jari tentang keburukan orang, hingga lupa yang diri sendiri pun sudah cukup baligh untuk berfikir mana yang baik ataupun yang buruk.
  • Terlalu marah fikirkan orang cuba masuk cmpur hal peribadi, hingga lupa, soalan itu merupakan teguran supaya tidak tergelincir dari landasan yang asas.
  • Asyik fikirkan diri yang penat, hingga lupa hendak terima kasih pada Allah S.W.T.
  • Terlalu sibuk mahu ruggedkan diri, smpai lupa bumi 'rugged' yang dipijak tu bumi Allah S.W.T.
  • Terlalu asyik fikirkan yang hidup muda ini untuk enjoy, yakin hidup sampai ke tua?
Se'rugged' mana pun kita, janganlah kita lupa, kita ini datang daripada Allah S.W.T dan kepada Allah S.W.T juga kita akan kembali. Ke mana perginya roh-roh kita setelah kita meninggal dunia? 

Tempat tinggal roh. 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat": 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari Kiamat. 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat. 

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya": 

1. Orang-orang yang mati syahid. 

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 

3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Kelompok manakah kita? 

Bersediakah kita menghadapi kematian? 

Menghadapi hari pengadilan? 

Semoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan dijaukan dari segala kemungkaran. Insya-Allah.

Sumber

Komen yang tak terucap untuk Status di Facebook



Rakan-rakan kat Facebook aku ni...
Bila aku baca status dia, aku rasa nak baling je laptop ni  kat muka dia...
nasib baik laptop aku ringan, kalau tak koma namploh hari lah ko...

Berikut adalah komen-komen FB yang selalu bermaharajalela...
yang update camni terutamanya pompuan... dan lelaki pun sama gak..huh..
tak kira tempat dan masa...bukak je FB mesti jumpa terbaca status yang berpuaka nih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Dasar pompuan, berani kau rampas pakwe aku...
cam takde jantan lain dah ke kat dunia ni? nak makan penerajang ke

Komen Yang tak Terucap :
Ek eleh, apehal membebel kat wall FB..
face to face lah ngn pompuan tu, tak gentlegirl lah ko...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Boring nyer hari ni~~~

Komen Yang tak Terucap :
ada aku kesah? dah boring sangat log out lah FB tu..
buat keje lain ke...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Status : 
Lapar lah, nak makan apa ya?

Komen Yang tak Terucap : 
makan Selipar jamban aku nak?
update 'lapar' kat FB takkan buat ko kenyang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Aku rasa macam nak demam je

Komen Yang tak Terucap : 
bagus lah, boleh lah ko Stop main FB,
sehari duk hadap status ko ni buat aku rasa nak demam je
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Selamat Hari Bapa kepada abah yang saya sayangi... 

Komen Yang tak Terucap :
Kenape ko ucap kat wall FB ? pegilah Ucap kat Wall Profile dia !
Tapi takde makna nye lah.. pegi face to face la ngn ayah tu... baru Betul!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Tido petang dulu! spare untuk pagi buta ni, nak tgk UERO 2012...huhuhu

Komen Yang tak Terucap :
Elok sangat lah, sebelum tengok Euro tu jangan lupa solat Tahajud weh..
lepas tu suka hati ko lah nak tengok Euro sampai meletop TV pon...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau lah ada komen untuk anonymous kat FB ni kan bagus...
boleh hentam sikit..biar dia tahu yang semua orang tak suka status dia..hehe
tapi hentamlah secara berhemah...kalau tak huru-hara FB jadinya... 



Wednesday 20 June 2012

Di Sebalik Tabir Siri Televisyen Teletubbies



Rasanya budak-budak sekarang ramai yang dah tak tau pasal Teletubbies ni. Jom baca sikit kat bawah nih. 


Mungkin korang sangka penggambaran siri ini di buat dalam sebuah studio, tapi sebenarnya Teletubby-land terletak di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England.



Orang yang memainkan peranan penting di sebalik kostum alien-alien comel ini ialah. Simon Shelton sebagai Tinky Winky, John Simmit sebagai Dipsy, Nikky Smedley sebagai Laa-Laa dan Pui Fan Lee sebagai Po.



Tinggi sebenar Tinky-Winky hampir mencecah 10 kaki, manakala Dipsy (9 kaki), Laa-Laa (8kaki 6 inci) dan Po (6 kaki 6 inci). Untuk menghasilkan ilusi, penggambaran siri televisyen ini memastikan segala objek yang digunakan akan diskalakan mengikut kesesuaian dunia dunia Teletubbies.








Pelakon disebalik watak Teletubbies..


Dari kiri : Lala, Tinky Winky, Po, Dipsy

Wednesday 13 June 2012

Bila Kawan Lama Anda Call!

Katakanlah anda tengah duduk berehat. Tiba-tiba tepon anda berbunyi. Rupanya kawan lama anda. Anda pun angkat la. Kalau tak angkat nanti kata apa dia pulak.

Pastu anda berbual lah dengan dia. Dari satu topik ke topik lain. Maklumlah dah lama tak call kan. Gelak sakan la jawabnya.Macam-macam cerita yang dibualkan.


Dekat 3 jam bercakap, baru anda perasaan kenapa kawan lama call. Biar betul mamat ne, banyak pulak kredit dia! Anda nak tanya macam tu segan pulak kan. Nanti dia cakap dengan kawan tepon lama sikit pun tak boleh. Tapi nak sedapkan hati anda punya tanya jugak lah.

Ha, ne la jawapan dia sebab call sampai 3 jam. Hampeh betul!!
Kalau aku dapat call daripada member yang memang lama tak contact, dalam kepala aku hanya ada empat kemungkinan;

1) Hari tu besday dia, dapat call free.
2) Nak ajak join MLM
3) Ajak kenduri kahwin dia.
4) Nak pinjam duit.
5) Sebab-sebab lain yang korang boleh fikir

Amat jarang sekali orang call sebab saja-saja nak tanya khabar. Tapi aku rasa kita pun sama jugak kot. Time nak kahwin baru la teringat dekat kawan lama,,hahah. Tak apalah, asalkan ingat. 

Saturday 9 June 2012

Ayat Power Dari Ustaz Azhar Idrus. NAK TAHU?

Kata2 Ustaz ni selalu berjaya mengetuk & membuka minda kita. Nak tahu apa pula ayat POWER dari Ustaz Azhar Idrus kali ini? Jom baca~!


BerTUDUNGlah walau
TERPAKSA.
SOLATlah walau
TERPAKSA.
PUASAlah walau
TERPAKSA.

Kerana KEWAJIPAN
itu memang
KADANGKALA sifatnya
TERPAKSA..

Dari KETERPAKSAAN
itu,,
Perlahan2 kita akan
menemukan HIKMAH
dan,,
AKHIRNYA HATI kita
menjadi IKHLAS
keranaNya..

Kalau nak TUNGGU
IKHLAS,,
SAMPAI BILA nak
tunggu baru nak
berIBADAH???..

HIDAYAH perlu DICARI,,
BUKAN DITUNGGU..
Macam MAKANAN,
kalau tak suap,,
Ia takkan masuk ke
dalam mulut..

(Ustaz Azhar Idrus)

Monday 4 June 2012

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz




Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana  kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.