Pages

Saturday 17 August 2013

Keringkan jerawat dalam satu malam


Keringkan jerawat dalam satu malam

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin. 
Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!

AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU 
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.

BACA:
Semua yang anda harus tahu tentang jerawat

Limau nipis untuk tubuh badan
Arang untuk kecantikan

PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.

UBAT GIGICuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih. 

PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat. 

Friday 16 August 2013

Telefon Masuk Air? Jangan Risau, Ikuti Tips Berikut


Mungkin sudah beberapa kali anda melihat atau merasai sendiri pengalaman telefon bimbit jatuh ke dalam air. Misalnya terkeluar dari poket anda ketika berada dalam tandas?terlepas dari genggaman dan jatuh ke dalam lecak atau secara tidak sengaja termasuk dalam bekas air atau lauk.
Anda mungkin kecewa, takut telefon tersebut tidak lagi boleh berfungsi ditambah pula wang ringgit yang dikeluarkan bukan sikit. Jangan risau! Kami mempunyai sedikit tips yang boleh anda ikuti sekiranya telefon anda jatuh ke dalam air. Cuba lakukan langkah di bawah.
1. Jangan panik
Anda lihat telefon anda sudah berada dalam mangkuk tandas, jangan menje it atau berada dalam keadaan histeria!
2. Ambil telefon anda SEKARANG
Lagi lama anda biarkan dalam air, lagi cepat air memasuki ruang-ruang kecil dalam telefon anda. Memandangkan beberapa port telefon mungkin terdedah dengan cepat kerana lubangnya sedikit besar, potensi air untuk masuk mungkin dalam 3 hingga 5 saat, jadi apabila lihat telefon anda masuk dalam air, cepat-cepat keluarkannya. Masih ada harapan untuk mengelakkan kerosakan teruk.
3. Jangan tekan sebarang butang
Dalam keadaan panik, anda risau telefon tidak berfungsi, anda terus tekan butang yang ada terutama butang 'power' untuk lihat sama ada telefon anda mengalami kerosakan atau tidak. Jangan buat demikian kerana sentuhan mekanikal butang boleh menyebabkan aliran air masuk lebih ke dalam.
4. Keringkan bahagian luar telefon dulu
Ambil tuala, tisu dalam jumlah yang banyak atau baju anda sendiri (tanggalkan). Pendek kata mana-mana yang diperlukan untuk mengeringkan telefon anda secepat mungkin. Lap dengan teliti pada keseluruhan kerangka luar telefon.
5. Keluarkan komponen dalaman
Buka bahagian belakang telefon (jika ada). Keluarkan bateri, kad sim dan mikroSD. Keringkan juga ketiga-tiga komponen kecil itu. Sekurang-kurangnya, jika anda tidak dapat selamatkan telefon, informasi berharga dalam kad sim dan mikroSD juga sangat penting untuk dipelihara.Lapkan ketiga-tiganya.
6. Goncangkan telefon
Masih terdapat air yang berada dalam ruang jek atau di celah butang kekunci. Goncangkan telefon anda dengan perlahan untuk mengeluarkan titisan air yang tersembunyi.
7. Gunakan beras
Sekarang, anda telahpun mengeringkan bahagian luar daripada air, tiba masanya pula untuk mengeringkan bahagian yang anda tidak nampak. Cara terbaik melakukannnya adalah dengan bebola kecil yang biasanya terdapat dalam tempat duduk dipanggil 'Bean Bag'. Kalau anda mahu tahu, bebola kecil itu direka dan sangat efisien untuk menyerap air lebih baik berbanding silika. Tetapi kalau anda tidak ada bebola kecil itu, gunakan cara lama iaitu beras. Caranya mudah, masukkan sejumlah bebola atau beras dalam mangkuk yang cukup untuk 'menanam' telefon anda (kalau beras, sumbat saja telefon dalam bekas beras di dapur, tidak perlu keluarkan). Mula-mula, anda hadapkan skrin depan telefon ke bahagian atas, kemudian tukar arah mengikut pusingan jam selang 2 jam bagi memastikan graviti melakukan kerjanya!
8. Tunggu dan tunggu
Cara ini memang memakan masa yang lama. Tetapi lagi lama anda tunggu, lebih baik dan potensi untuk telefon anda selamat lebih cerah. Tempoh menunggu minimum mungkin 24 jam. Tetapi kalau anda boleh berikan masa 48 atau 72 jam, lebih bagus.