Pages

Saturday 21 September 2013

Makanan untuk kuatkan daya ingatan



Menurut kajian American Dietetic Association( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Di sini ada beberapa jenis makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan 

Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. 

Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. 

Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sajian. 

Susu
Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa. 

Oat
Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan. 

Makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan dan semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu anda menajamkan daya ingatan.

Thursday 12 September 2013

Pelancaran iPhone 5s & 5c

iPhone 5s
Imej warna-warni iPhone 5c

Jadi, Apple secara rasmi melancarkan dua telefon, iPhone 5s dan 5c secara rasmi dengan sistem operasi baru, ketahanan bateri dua kali lebih lama dan kuasa memproses grafik yang baru.
Malaysia akan memperolehnya pada Disember ini bersama 100 negara lain yang juga merupakan penghantaran kedua. Negara paling dekat yang memperolehnya terlebih dahulu adalah Singapura dan Australia.
Jom kita lihat secara ringkas ciri baru yang diperkenalkan Apple.
1. Ringan
2. Pengesan cap jari Touch ID (hanya untuk iPhone 5s). Letakkan jari anda di butang 'Home' yang terletak di bahagian tengah dan ia akan membuka telefon anda secara automatik! Cap jari anda juga membolehkan anda membeli produk dari iTunes dan App Store.
3. Cip A7 dan M7 (iPhone 5s saja). Secara rasmi, iPhone adalah telefon jenis 64 bit pertama di dunia yang memiliki CPU dan grafik 2 kali lebih pantas, Manakala M7 jelas menjadi pemproses tambahan bagi iPhone 5s untuk tugas yang lebih spesifik menjadikan iPhone 5s lebih efisien.
4. Kamera iSight. Model baru mempunyai sensor 15% lebih besar, ditambah apertur f/2.2 dengan ciri baru termasuk flash lebih baik, mod 'Burst' dan video slo-mo (hanya untuk iPhone 5s. Kamera dengan resolusi 8 megapiksel ini juga lebih mudah dan pantas merakam objek meskipun ia bergerak pantas.
5. LTE lebih pantas. Iphone 5s menyokong jalur LTE lebih banyak memastikan anda mendapat liputan LTE sebenar.
6. IOS7. Seperti dijangak iOS7 beroperasi lancar pada iPhone 5s yang ditambah 64 bit seperti dijelaskan di awal tadi. Ia bermakna, fungsi seperti pelbagai tugas/multitasking, AirDrop dan Control Center menjadi lebih bermakna kepada pemakai iPhone baru ini.
Jom kita lihat pula jangkaan orang ramai dan penganalisis yang tersasar dan tidak diumumkan.
1. Storan sehingga 128GB. Semuanya hampa apabila kapasiti terbesar masih di 64GB. Apple seakan tidak mahu memberatkan dua telefon dan ia mahukan pengguna memanfaatkan sepenuhnya iCloud.
2. NFC? Nampaknya tiada seperti yang digembar-gemburkan!
3. Rekaan baru? Nampaknya ia masih kekal seperti iPhone 5
Perbandingan antara iPhone 5s dan iPhone 5c

iPhone 5siPhone 5c
Harga$649 (16GB), $749 (32GB), $849 (64GB)$549 (16GB), $649 (32GB)
Warnaperak, kelabu, emasPutih, merah jambu, kuning, biru, hijau
Saiz123.8 x 58.6 x 7.6mm124.4 x 59.2 x 8.97mm
Berat112g132g
CipA7, M7A6
RangkaianGSM, UMTS, HSDPA, LTE, CDMA
Wi-Fi, bluetooth 4.0
GSM, UMTS, HSDPA, LTE, CDMA, Wi-Fi, bluetooth 4.0
Pengesan cap jariAdaTiada
Saiz4 inci 1136 x 640 piksel (326ppi) Retina4 inci 1136 x 640 piksel (326ppi) Retina
Kamera8 megapiksel dengan 1.5 ultrapiksel
apertur f/2.2
flash True Tone
mod Burst
8 megapiksel
apertur f/2.4
flash LED
Video slo-moAdaTiada
Penggunaan Internet8 jam (3G), 10 jam (LTE & WiFi)8 jam (3G), 10 jam (LTE & WiFi)

Wednesday 4 September 2013

Cara lusuhkan jeans sendiri


Cara lusuhkan jeans sendiri

Jeans atau denim adalah satu konsep fesyen yang universal. Walaupun kelihatan luntur dan lusuh, pakaian yang diperbuat daripada jeans ini tetap nampak bergaya dan tidak lapuk dek zaman dan ia terus menjadi trend fesyen.

Jeans lusuh kini boleh dibeli dimana-mana sahaja, tetapi jika anda mahu melusuhkan jeans anda sendiri tetapi tidak tahu bagaimana. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara melusuhkan jeans anda. 

Jangan basuh
Untuk pengetahuan anda, jeans yang tidak dibasuh untuk tempoh yang lama akan lebih senang pudar kerana ia akan mula kehilangan beberapa tona warna biru. 

Guna jus lemon
Jus lemon sememangnya dikenali sebagai satu komponen yang kuat untuk memudarkan jeans. Dengan ketiadaan bahan kimia menjadikan jus lemon lebih selamat daripada peluntur. Caranya, rendam seluar jeans di dalam air dan perah untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Isi baldi dengan satu liter jus lemon dan jeans direndam di dalamnya sehingga pudar. Keringkan jeans di bawah cahaya matahari dan kemudian bilas dengan air. Anda boleh mengulangi proses ini selagi anda belum puas dari mendapat bayangan lusuh yang dikehendaki. 

Guna kertas pasir
Sebelum anda melusuhkan jeans anda dengan menggunakan kertas pasir, pastikan anda memakai jeans dengan selesa. Ia harus tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Tujuan anda memakai jeans adalah untuk anda mengenal pasti tempat yang anda mahu ia kelihatan pudar. Tandakan tempat-tempat yang betul. Letakkan kertas pasir pada tempat-tempat itu dan blok kayu di atasnya. Perlahan-lahan sapukan blok kayu yang dilapiskan dengan kertas pasir ke atas kawasan yang ingin dipudarkan. Tetapi jangan pula anda menggosok terlalu kasar kerana ia boleh mengoyakkan seluar anda. 

Guna peluntur
Untuk proses ini, anda perlu peluntur dan cawan penyukat. Tambah suku cawan peluntur ke dalam mesin basuh anda. Kemudian masukkan air sejuk dan masukkan jeans anda dan basuh. Keringkan jeans di bawah cahaya matahari untuk mendapat pudar yang diinginkan. 

Pewarna kimia
Selain peluntur, anda juga boleh memilih untuk menggunakan pewarna kimia untuk pudar jeans anda. Tetapi proses ini agak mahal dan tidak selamat jika terdedah kepada kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai sarung tangan semasa menggunakan bahan kimia tersebut. 

Diharap dengan tip-tip yang diberikan dapat membantu anda melusuhkan jeans anda sendiri. Selamat mencuba!