Pages

Thursday 31 May 2012

16 Fakta Sejarah Doraemon


1. Apa maksud nama "Doraemon"?

Nama Doraemon sebenarnya diciptakan dari 2 patah kata: Dora & Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan dan emon adalah kata ganti untuk binatang jantan bagi bahasa tradisional Jepun. So, maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar.





2. Bagaimana menuliskan "Doraemon" dalam bahasa Jepun?
ドラえもん




3. Doraemon mempunyai kod pengeluaran?
Ya! Doraemon memiliki kod, iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot, & dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot di mana ia diciptakan.




4. Birthday Doraemon?
3 September 2112 adalah TARIKH di mana Doraemon terhasil. Doraemon ni lebih kurang robot masa akan datang la.





5. Doraemon mempunyai nombor ajaib?
1293
Doraemon memiliki berat 129,3 kg & tingginya 129,3 cm. Ia boleh berlari dengan kelajuan sehingga 129,3 km/jam ketika ketakutan & melompat 129,3 cm ketika diancam bahaya. Kekuatan maksimumnya 129,3 bhp. Lingkar pergelangan tangannya 129,3 mm. Kakinya berdiameter 129,3 mm. Ia dicipta pada September 3, 2112, di Kilang Robot Matsushiba.


6. Apa warna asal Doraemon? 
Warna cat asli Doraemon adalah kuning. Setelah tahu bahwa telinganya digigit tikus, So Doraemon merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara, dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan tersebut. Bersesuaian dengan pepatah english In Blue bermaksud dalam kesedihan kan. 

7. Doraemon adalah robot yang tidak sempurna dan tambahan lagi Doraemon adalah produk Sub-standard kerana banyak peralatannya tidak berfungsi dengan baik sebagai contoh loceng pemanggil kucingnya.

8. Doraemon pernah bersekolah?
Doraemon memang bersekolah. Nama sekolah Doraemon ialah Robot School (ロボット学校, Robotto Gakkō)

9. Bagaimana prestasi Doraemon di sekolahnya?
Doraemon berprestasi buruk di sekolah robot sehingga tiada yang mahu mengambil Doraemon untuk sebagai teman sehinggalah sampai bayi Sewaishi (cicit Nobita, dimasa akan datang) menyukai Doraemon dan menghantar Doraemon kepada Nobita iaitu Datuknya dimasa lalu untuk menjaga Nobita.

10. Berapa jumlah alat di poket doraemon?
Lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket doraemon mulai dari episod pertama sehingga sekarang, termasuk yang paling popular adalah Doko Demo Doa (Pintu Ke mana saja), Take-copter (Baling-baling Bambu), Kuukihou (Meriam Senapang Angin) & Time Machine (Mesin Waktu)

11. Tombol turn on/off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yang menjadi ekornya.

12. Tangan Doraemon memiliki kekuatan adhesive & daya sedut yang luar biasa sehingga semua benda boleh dipegang oleh Doraemon. Teknologi yang digunakan pada tangannya ini sama dengan gaya gravitai bumi dalam skala mini. Inilah yang menjelaskan bagaimana tangan Doraemon yang bulat boleh memegang barang.

13. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan sebagai kakak & adik?
Ini kerana mereka berdua "dilahirkan" dari satu tangki minyak yang sama dan "Doraemon" lahir terlebih dahulu dari Dorami (2 tahun lebih tua), sehingga ia disebut "kakak", kemudian Dorami juga disewa oleh keluarga Sewashi.

14. Bagaimana Doraemon buang air?
Sistem pencernaan Doraemon walaupun Doraemon ni adalah robot, namun mampu mengolah bahan apa pun menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa ampas. Sebab itulah Doraemon tak pernah berak.

15. Kenapa Doraemon takut pada tikus?
Doraemon takut kepada tikus kerana trauma apabila telinganya digigit oleh tikus sewaktu dia tidur siang hari.

16. Siapa nama awek Doraemon yang juga merupakan kucing asli?
Namanya adalah Mii-chan.

Wednesday 30 May 2012

Fakta Sponge Bob Yang Anda Nak Tahu




1. Tahu Mr Krabs kan? Dia adalah bos dari Spongebob di burger Kraby Patty. Ceritanya, setelah perang, Mr Krabs mengalami ganggua perasaan mengenai beratnya. Kemudian dia membeli sebuah rumah uzur, The Rusty Krab. Segala kerja keras dan segala usaha, Krusty Krab pulih kembali dan menjadi kedai burger paling popular di bawah laut. Bawah : Gambar: Ketika masih bernama Rusty Krab. 




2. Menerusi episod "Sleepy Time": Usia Mr Krabs adalah 62 tahun Nombor IC-nya: A5265661 Tarikh lahir: 30 November 1942 Alamat: 3541 Anchor Way, Bikini Bottom. Dia mempunyai binatang peliharaan bernama Mr Doodles.





3. Tarikh lahir SpongeBob adalah: 14 Julai 1986. Jadi sekarang usia Spongebob adalah hampir 19 tahun. Kad Pengenalannya (IC) pernah muncul di episode "Sleepy Time" dan "No Free Rides." Dalam dua episode itu nomor IC-nya adalah A1356021 Alamat SpongeBob adalah: 124 Conch St. Bikini Bottom. 




4. SpongeBob, kartun ciptaan Stephen Hillenberg ini disasarkan untuk usia dua sampai sebelas tahun. Akan tetapi, yang nyatanya filem itu juga berjaya menarik perhatian penonton dewasa berusia 18 hingga 50 tahun. Sebuah tinjauan di luar negara menunjukkan, 40 persen dari satu juta penonton SpongeBob berusia di atas 16 tahun.




5. Penggagas Spongebob, Stephen Hillenberg, pernah mendalami pengajian sumber daya kelautan di Universiti Humboldt, California. Hillenberg juga pernah mengajar biologi kelautan di Orange County Marine Institute, California dan kemudian mengambil program master dalam animasi eksperimental di Institut Seni California. Pengalaman dan hobi itulah yang kemudian melahirkan kartun SpongeBob SquarePants pada tahun 1996.




6. Nickelodeon yang menerbitkan SpongeBob adalah syarikat di bawah Viacom yang juga menaungi MTV.Kebelakangan ini SpongeBob dibuat versi layar lebar-sebuah tinjauan mendapati bahawa filem tersebut mempunyai pasaran yang luas di dunia.

Sumber

Tuesday 29 May 2012

Gaji Nazmi Sebulan RM300,000



JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Friday 25 May 2012

Kisah Bagaimana 4 Artis Ini Mula Bertudung





1. Catriona Ross

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie

“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan

.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,” 



Tuesday 22 May 2012

Seni buih kopi | Sape pandai buat macam ni?


20100130208

Orang Jepun sentiasa terkenal dengan pemikiran kreatif mereka terutamanya dalam menghias makanan mereka. Salah satu hasil daripada ke-kreatif-an mereka ialah terhasilnya Seni Buih Kopi ataupun dalam bahasa English-nya Coffee Foam Art. Kadang kala, mereka lebih banyak menghabiskan masa dalam proses menghias makanan/minuman tersebut berbanding proses menyediakan makanan/minuman itu. Sesetengah kopi yang mereka sediakan terlalu cantik sehingga terasa sayang pula kalau meminumnya. Hihi..kan bagus kalau aq pun pandai buat macam ni, Terus buat kedai kopi sendiri. Hihi...

Coffee foam art

Coffee foam art

Coffee foam art

20100130202

20100130203

Tuesday 8 May 2012

9 AYAT 'MAUT' PEREMPUAN YANG LELAKI PERLU TAHU




As-Salam ...
Wanita punyai jiwa yang halus. Kadangkala sukar nak difahami lelaki. Walaupun kadang-kala wanita itu nampak garang semacam tapi still tersirat kelembutan yang boleh membuatkan mana-mana lelaki cair ibarat aiskrim yang dimakan waktu tengahari bening.

Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut:

9 Ayat Maut Seorang Perempuan

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama"... hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas .... jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya.

Saturday 5 May 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran




10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran


1. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

                                                                       
                                                                    Sumber               

Wednesday 2 May 2012

Biodata Johan Raja Lawak


Johan Raja Lawak


Profil Pelawak
Nama penuh:Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz
Orang panggil anda:Johan Raja Lawak.
Umur:27 tahun.
Asal:Ampang, Selangor.
Peserta Raja Lawak musim ke:Musim Pertama.
Drama/Telemovie/Filem:Telemovie: Hang Pa La Hantu, Osman Berani, Halimah Jongang, Nak Balik Raya, Duyong & Dugong, Loklak dan Awekku Bukan Awekmu.
Drama / Episod: Chaparela, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Semanis Janji (RTM), Oh Yeah, Redah Kasi Pecah dan Raja Lawak.
Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Libas, Raya Tak Jadi, Bohsia, Bujang Terlajak, Berani Punya Budak dan Uncle Usin.
Pencapaian tertinggi didalam hidup:Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama dan Top 5 ABPBH (Artis Komedi Popular).
Pengalaman menarik anda bila bergelar artis:Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.
Sumber inspirasi anda untukmembuat lawak:Youtube, isteri, buku, keluarga, internet dan persekitaran.
Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak:Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.                                                                                              


                                                                             Sumber