Pages

Monday 23 July 2012

Amalan-Amalan Sunat Yang Di Lakukan Pada Bulan Ramadhan





Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan
Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

1. Mengkhatamkan Al-Qur'an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)

2. solat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."

3. memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.


4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun ". (Bukhari Muslim)

5. bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. i'tikaf
Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I'tikaf sunat bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beri'tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut I'tikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur'an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

7. umrah
Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan  Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar' tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah.
"Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba."

Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran "bebas dari neraka." Amin
Wakullu Am wa Antum bikhair

Monday 9 July 2012

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik


Thierry Henry

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.

Wednesday 4 July 2012

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya




Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau ada meninggalkan wasiat untuk anak muridnya. Dan wasiat tersebut secara amnya boleh dijadikan panduan kepada kita semua.
10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya | Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam.
Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.  Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” Jom kita lihat apakah 10 wasiat tersebut di bawah ini.
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Monday 2 July 2012

Kenapa Lagu Kebangsaan Spain Tidak Mempunyai Lirik..??




Spanyol mempunyai lagu kebangsaan yang paling unik berbanding negara-negara lain. Lagu kebangsaan Spanyol ternyata tidak mempunyai lirik. Sempat terjadi festival membuat lirik pada sekitar tahun 2007, tapi ternyata itu tidak berjaya. Tetap saja, lagu kebangsaan Spanyol tanpa lirik.

Menurut Top Tour of Spain, lagu kebangsaan Sepanyol ini tidak diketahui tepat sejarah kelahirannya. Catatan sejarah hanya menyebutkan, lagu kebangsaan mula dikenali pada tahun 1761 di negeri matador itu. Ketika itu, lagu kebangsaan yang dikenali berjudul La Marcha Granadera.

Semasa Raja Carlos III berkuasa, keadaannya berubah. Lirik lagu La Marcha Granadera tidak lagi dinyanyikan di depan umum. Sang raja mengganti liriknya dan tajuk lagu berubah menjadi Marcha Real. Lagu ini terus dinyanyikan sebagai lagu kebangsaan hingga awal tahun 1900-an. Ketika itu pecah perang saudara yang menghancurkan Eropah.

Spanyol pun ikut terpengaruh perang. Kekuasaan di negara tersebut berganti. Seiring pergantian kekuasaan, Spanyol kembali berganti lagu kebangsaan. Sepanjang tempoh 1931-1939, lagu kebangsaan yang diakui oleh Sepanyol berjudul el Himno de Riego. Setelah itu, Franco mengambil pucuk pimpinan di Sepanyol.


Begitu Franco naik takhta, lagu kebangsaan Spanyol kembali berganti. Lagu Marcha Real kembali dinyanyikan, tapi judulnya dikembalikan ke tajuk semula. Kekuasaan Franco berakhir pada tahun 1975. Saat itu kembali muncul pertentangan soal lagu kebangsaan di tengah masyarakat Spanyol. Akhirnya sejak tahun 1978 Spanyol memutuskan untuk menghilangkan lirik pada lagu kebangsaannya.

Jawatankuasa Sukan Olimpik Nasional Spanyol pernah menggelar pertandingan membuat lirik lagu kebangsaan pada tahun 2007. Pertandingan ini dimenangi oleh seorang pengangguran berusia 52 tahun (ketika itu) asal Madrid yang bernama Paulino Cubero. Cuma, hasil dari pertandingan ini tidak bertahan lama. Kritik keras dari masyarakat berdatangan.

Tidak hanya masyarakat yang protes, tapi parlimen Sepanyol juga tidak bersedia bersetuju lirik lagu kebangsaan keputusan pertandingan ini. Hanya bertahan beberapa hari, lirik lagu ini kemudian ditarik lagi dan lagu kebangsaan Spanyol kembali tidak berlirik. Hal ini menjadikan lagu kebangsaan Spanyol menjadi berbeza berbanding lagu kebangsaan negara lain.