Pages

Wednesday 29 February 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


 

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

 

P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Tuesday 28 February 2012

Jenis Jenis Kawan


1. kawan chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. kawan buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. kawan kayu - dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. kawan span - lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. kawan duri - dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. kawan kaunseling - yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak... 



Artis Malaysia Bertudung Bila Ke Negeri Kelantan



BAGI anda yang ingin melihat artis wanita Malaysia yang selama ini "free hair" tiba-tiba bertudung, di Negeri Kelantan lah tempatnya. Difahamkan, kebanyakan artis wanita akan bertudung jika ke Negeri Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbir negeri serambi Mekah itu dengan konsep "membangun bersama Islam" melarang wanita mendedahkan aurat di tempat awam.

Malah iklan-iklan di papan tanda "billboard" seluruh Negeri Kelantan hanya meluluskan paparan iklan dengan gambar wanita bertudung sahaja. Iklan dengan paparan yang mengekploitasikan wanita mendedahkan aurat tidak akan diluluskan.



Sunday 26 February 2012

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah



Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


Friday 24 February 2012

4 Gambar Terbaru Reka Bentuk Konsep iPhone 5 Bakal Dilancar Tahun 2012

Seperti yang anda tahu bahawa iPhone 5 masih dinanti-nantikan pelancarannya. Oleh itu ia sentiasa kekal sebagai sebahagian penting dalam berita. Firma-firma reka bentuk pula tidak berhenti mencipta reka bentuk mereka sendiri. Di sini, adalah konsep iPhone 5 yang dilancarkan baru-baru ini direka semula dengan ciri-ciri reka bentuk berbentuk titik air mata. 




Ia melengkung dibahagian belakang yang berbeza daripada model iPhone sebelum ini. Ia telah direka oleh Pereka Federico Ciccarese dari Itali. Badan telefon, kelihatan seperti Tetikus Magic Apple. Bicu fon kepala telah berpindah ke sebelah untuk menampung reka bentuk baru,serupa dengan apa yangdigunakan pada MacBook Pro, MacBook Air dan iMac.


Ia bukanlah kali pertama konsep iPhone 5 direka, sebelum ini kita telah melihat begitu banyak konsep iPhone 5. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu reka bentuk yang realistik dan tidak mempunyai peluang untuk diikuti oleh Apple. Seperti yang anda tahu, bahawa sejak awal lagi, Apple tidak membuat apa-apa peningkatan utama dalam reka bentuk iPhone, dan ia mengikuti corak rekabentuk yang sama. 

Konsep ini tidak ada kaitan dengan iPhone 5 sebenarnya nanti. Sebaliknya, rekaan konsep ini berdasarkan imaginasi pereka. Kita tunggu nanti iPhone 5 dari Apple yang dijangka tiba dipasaran pada tahun ini.



Thursday 23 February 2012

Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona








Gah bergayanya kebanggaan negara, membuktikan suatu wawasan, Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Protonnnnnn… Kalau korang sama zaman budak-budak dengan aku dulu, korang mesti ingat lagu Proton tu. Bermula dengan Proton Saga, kini Proton dapat mendabik dada dengan kebanyakkan variasi kenderaan keluaran mereka. Terbaru, Proton ada menunjukkan model terbarunya, Proton Tuah, yang akan menggantikan Proton Persona. Sampai sekarang aku masih tak paham, kenapa Proton suka guna banyak nama untuk keluaran variasi dia yang baru, takleh ke nak konsisten macam Honda Civic ke Honda City ke. Dari tahun 1980an lagi, nama variasi dia kekal je, cuma model rekabentuk je yang berbeza. Apa-apa lah labu. Gi tengok Proton Tuah ni, yang bagi aku satu paradigma baru dalam industri automotif Malaysia. Sekali tengok macam kereta Kia Forte la pulak. Dari depan dan belakang tampak lawa, tapi bila tengok dari sisi tepi, rasa kureng sket. Kenapa kereta Proton semua bentuk macam tu eh? Hmmm. 









                                                                    Sumber

Wednesday 22 February 2012

Budak Tercantik di Dunia, Little Loli Vs Budak Tercomel Malaysia, Mia Sara!


Gambar budak tercantik di dunia, Little Loli ditemui!


Gambar budak tercantik di dunia, Little Loli ditemui!
Inilah gambar Little Loli dari China yang dikatakan budak tercantik Dunia.. Meh kita tengok adik Mia Sara pulak yang berasal dari Malaysia.







Tuesday 21 February 2012

Keindahan Alam Di Bawah Tanah

Subhanallah . Indahnya alam Mu walaupun sekadar dibawah tanah .





Saturday 18 February 2012

Artis Hollywood Dan Kereta Mewah Mereka

Paris Hilton in her Bentley

Paris Hilton - Bentley

Lauren Conrad Audi R8
Lauren Conrad - Audi R8

Nick Jonas Driving 1968 Mustang
Nick Jonas - vintage 1968 Ford Mustang Cobra

Reese Witherspoon and GMC Yukon Hybrid
Reese Witherspoon - GMC Yukon Hybrid

will.i.am and Tesla Roadster
Will.I.Am - Tesla Roadster

Beyonce and Rolls-Royce Silver Cloud
Beyoncé - Rolls Royce Silver Cloud

Simon Cowell and Bugatti Veyron
Simon Cowell - Bugatti Veyron

David Beckham Driving Rolls-Royce Phantom Drophead Coupe
David Beckham - Rolls Royce Phantom Drophead Coupe


Britney Spears - Maserati Gran Turismo

Lindsay Lohan - Porsche 911 Cabriolet

Lindsay Lohan - Mercedes SL

Ashton Kutcher - Ferrari California

Zac Efron - Audi S5 

 Paul Walker - Nissan Skyline GTR (turut digunakan dalam filem Fast and Furious)

Kim Kardashian - Bentley

50 Cent - Lamborghini Murcielago

Arnold Schwarzenegger - Bentley Supersports 

Bradley Cooper - Toyota Prius

Matt Damon - 100% electric Tesla Roadster

Pierce Brosnan - Aston Martin Vanquish