Pages

Wednesday 4 September 2013

Cara lusuhkan jeans sendiri


Cara lusuhkan jeans sendiri

Jeans atau denim adalah satu konsep fesyen yang universal. Walaupun kelihatan luntur dan lusuh, pakaian yang diperbuat daripada jeans ini tetap nampak bergaya dan tidak lapuk dek zaman dan ia terus menjadi trend fesyen.

Jeans lusuh kini boleh dibeli dimana-mana sahaja, tetapi jika anda mahu melusuhkan jeans anda sendiri tetapi tidak tahu bagaimana. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara melusuhkan jeans anda. 

Jangan basuh
Untuk pengetahuan anda, jeans yang tidak dibasuh untuk tempoh yang lama akan lebih senang pudar kerana ia akan mula kehilangan beberapa tona warna biru. 

Guna jus lemon
Jus lemon sememangnya dikenali sebagai satu komponen yang kuat untuk memudarkan jeans. Dengan ketiadaan bahan kimia menjadikan jus lemon lebih selamat daripada peluntur. Caranya, rendam seluar jeans di dalam air dan perah untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Isi baldi dengan satu liter jus lemon dan jeans direndam di dalamnya sehingga pudar. Keringkan jeans di bawah cahaya matahari dan kemudian bilas dengan air. Anda boleh mengulangi proses ini selagi anda belum puas dari mendapat bayangan lusuh yang dikehendaki. 

Guna kertas pasir
Sebelum anda melusuhkan jeans anda dengan menggunakan kertas pasir, pastikan anda memakai jeans dengan selesa. Ia harus tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Tujuan anda memakai jeans adalah untuk anda mengenal pasti tempat yang anda mahu ia kelihatan pudar. Tandakan tempat-tempat yang betul. Letakkan kertas pasir pada tempat-tempat itu dan blok kayu di atasnya. Perlahan-lahan sapukan blok kayu yang dilapiskan dengan kertas pasir ke atas kawasan yang ingin dipudarkan. Tetapi jangan pula anda menggosok terlalu kasar kerana ia boleh mengoyakkan seluar anda. 

Guna peluntur
Untuk proses ini, anda perlu peluntur dan cawan penyukat. Tambah suku cawan peluntur ke dalam mesin basuh anda. Kemudian masukkan air sejuk dan masukkan jeans anda dan basuh. Keringkan jeans di bawah cahaya matahari untuk mendapat pudar yang diinginkan. 

Pewarna kimia
Selain peluntur, anda juga boleh memilih untuk menggunakan pewarna kimia untuk pudar jeans anda. Tetapi proses ini agak mahal dan tidak selamat jika terdedah kepada kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai sarung tangan semasa menggunakan bahan kimia tersebut. 

Diharap dengan tip-tip yang diberikan dapat membantu anda melusuhkan jeans anda sendiri. Selamat mencuba!

No comments: