Pages

Friday 16 August 2013

Telefon Masuk Air? Jangan Risau, Ikuti Tips Berikut


Mungkin sudah beberapa kali anda melihat atau merasai sendiri pengalaman telefon bimbit jatuh ke dalam air. Misalnya terkeluar dari poket anda ketika berada dalam tandas?terlepas dari genggaman dan jatuh ke dalam lecak atau secara tidak sengaja termasuk dalam bekas air atau lauk.
Anda mungkin kecewa, takut telefon tersebut tidak lagi boleh berfungsi ditambah pula wang ringgit yang dikeluarkan bukan sikit. Jangan risau! Kami mempunyai sedikit tips yang boleh anda ikuti sekiranya telefon anda jatuh ke dalam air. Cuba lakukan langkah di bawah.
1. Jangan panik
Anda lihat telefon anda sudah berada dalam mangkuk tandas, jangan menje it atau berada dalam keadaan histeria!
2. Ambil telefon anda SEKARANG
Lagi lama anda biarkan dalam air, lagi cepat air memasuki ruang-ruang kecil dalam telefon anda. Memandangkan beberapa port telefon mungkin terdedah dengan cepat kerana lubangnya sedikit besar, potensi air untuk masuk mungkin dalam 3 hingga 5 saat, jadi apabila lihat telefon anda masuk dalam air, cepat-cepat keluarkannya. Masih ada harapan untuk mengelakkan kerosakan teruk.
3. Jangan tekan sebarang butang
Dalam keadaan panik, anda risau telefon tidak berfungsi, anda terus tekan butang yang ada terutama butang 'power' untuk lihat sama ada telefon anda mengalami kerosakan atau tidak. Jangan buat demikian kerana sentuhan mekanikal butang boleh menyebabkan aliran air masuk lebih ke dalam.
4. Keringkan bahagian luar telefon dulu
Ambil tuala, tisu dalam jumlah yang banyak atau baju anda sendiri (tanggalkan). Pendek kata mana-mana yang diperlukan untuk mengeringkan telefon anda secepat mungkin. Lap dengan teliti pada keseluruhan kerangka luar telefon.
5. Keluarkan komponen dalaman
Buka bahagian belakang telefon (jika ada). Keluarkan bateri, kad sim dan mikroSD. Keringkan juga ketiga-tiga komponen kecil itu. Sekurang-kurangnya, jika anda tidak dapat selamatkan telefon, informasi berharga dalam kad sim dan mikroSD juga sangat penting untuk dipelihara.Lapkan ketiga-tiganya.
6. Goncangkan telefon
Masih terdapat air yang berada dalam ruang jek atau di celah butang kekunci. Goncangkan telefon anda dengan perlahan untuk mengeluarkan titisan air yang tersembunyi.
7. Gunakan beras
Sekarang, anda telahpun mengeringkan bahagian luar daripada air, tiba masanya pula untuk mengeringkan bahagian yang anda tidak nampak. Cara terbaik melakukannnya adalah dengan bebola kecil yang biasanya terdapat dalam tempat duduk dipanggil 'Bean Bag'. Kalau anda mahu tahu, bebola kecil itu direka dan sangat efisien untuk menyerap air lebih baik berbanding silika. Tetapi kalau anda tidak ada bebola kecil itu, gunakan cara lama iaitu beras. Caranya mudah, masukkan sejumlah bebola atau beras dalam mangkuk yang cukup untuk 'menanam' telefon anda (kalau beras, sumbat saja telefon dalam bekas beras di dapur, tidak perlu keluarkan). Mula-mula, anda hadapkan skrin depan telefon ke bahagian atas, kemudian tukar arah mengikut pusingan jam selang 2 jam bagi memastikan graviti melakukan kerjanya!
8. Tunggu dan tunggu
Cara ini memang memakan masa yang lama. Tetapi lagi lama anda tunggu, lebih baik dan potensi untuk telefon anda selamat lebih cerah. Tempoh menunggu minimum mungkin 24 jam. Tetapi kalau anda boleh berikan masa 48 atau 72 jam, lebih bagus.

No comments: