Pages

Monday 16 April 2012

Real Madrid Tunduk Pada Umat Islam,Buang Tanda Salib Pada Logo




Real Madrid Tunduk Pada Umat Islam,Buang Tanda Salib Pada Logo


Real Madrid, pasukan bola sepak gergasi Sepanyol membuat perubahan pada logo kelab untuk mengukuhkan populariti mereka di kalangan peminat bola sepak terutamanya yang beragama Islam.

Hampir satu abad logo ini telah menjadi lambang bagi pasukan mereka, tetapi kini Real Madrid akan menghapuskan salib kecil dari atas mahkota.

Akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak, yang berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam".

Real Madrid mengikut jejak langkah pesaing mereka di Barcelona, ​​yang juga baru-baru ini terpaksa mengambil salib dari logo mereka untuk mendapat penaja di Qatar.

Tahniah la kepada Real Madrid kerana mengutamakan sukan daripada perkara- perkara sensitif dalam bola sepak.

Mereka mengambil keputusan ini bagi memperluaskan populariti mereka kepada pengemar bola sepak islam di sepanyol dan di seluruh dunia.

Biarlah ianya ditentukan kemudian dan yang penting selepas ini kalau pakai baju Real Madrid sudah tidak rasa bersalah atau terfikir-fikir apa orang cakap lagi kan.

Tambahan pula dalam Real Madrid Sendiri terdapat beberapa Pemain Bola Sepak Muslim seperti Mesut Ozil dan Samir Kheidira.

Go Go Real Madrid!

No comments: