Pages

Thursday, 21 June 2012

Pandangan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Tinggal Solat


klik gambar untuk besar


Berpegang pada kefahaman Islam, tetapi tidak solat. Mungkin mereka terlupa bahawa, solat itu adalah tiang agama. Jangan kita kita lupa berterima kasih kepada Pencipta yang dtgkan kita ke dunia ni.

  • Terlalu sibuk dengan aktiviti harian hingga terlupa adanya Allah S.W.T.
  • Terlalu penat bekerja cari rezeki hingga terlupa, rezeki itu pemberian Allah S.W.T.
  • Asyik berfikir tentang dosa yang sudah dibuat, hingga terlupa mahu fikir, apa amal yang belum buat. Asyik risau tentang ibadat yang bakal dibuat, takut tidak diterima, sedangkan ibadat tersebut, belum cuba dibuat.
  • Sibuk mahu menuding jari tentang keburukan orang, hingga lupa yang diri sendiri pun sudah cukup baligh untuk berfikir mana yang baik ataupun yang buruk.
  • Terlalu marah fikirkan orang cuba masuk cmpur hal peribadi, hingga lupa, soalan itu merupakan teguran supaya tidak tergelincir dari landasan yang asas.
  • Asyik fikirkan diri yang penat, hingga lupa hendak terima kasih pada Allah S.W.T.
  • Terlalu sibuk mahu ruggedkan diri, smpai lupa bumi 'rugged' yang dipijak tu bumi Allah S.W.T.
  • Terlalu asyik fikirkan yang hidup muda ini untuk enjoy, yakin hidup sampai ke tua?
Se'rugged' mana pun kita, janganlah kita lupa, kita ini datang daripada Allah S.W.T dan kepada Allah S.W.T juga kita akan kembali. Ke mana perginya roh-roh kita setelah kita meninggal dunia? 

Tempat tinggal roh. 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat": 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari Kiamat. 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat. 

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya": 

1. Orang-orang yang mati syahid. 

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 

3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Kelompok manakah kita? 

Bersediakah kita menghadapi kematian? 

Menghadapi hari pengadilan? 

Semoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan dijaukan dari segala kemungkaran. Insya-Allah.

Sumber

Komen yang tak terucap untuk Status di Facebook



Rakan-rakan kat Facebook aku ni...
Bila aku baca status dia, aku rasa nak baling je laptop ni  kat muka dia...
nasib baik laptop aku ringan, kalau tak koma namploh hari lah ko...

Berikut adalah komen-komen FB yang selalu bermaharajalela...
yang update camni terutamanya pompuan... dan lelaki pun sama gak..huh..
tak kira tempat dan masa...bukak je FB mesti jumpa terbaca status yang berpuaka nih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Dasar pompuan, berani kau rampas pakwe aku...
cam takde jantan lain dah ke kat dunia ni? nak makan penerajang ke

Komen Yang tak Terucap :
Ek eleh, apehal membebel kat wall FB..
face to face lah ngn pompuan tu, tak gentlegirl lah ko...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Boring nyer hari ni~~~

Komen Yang tak Terucap :
ada aku kesah? dah boring sangat log out lah FB tu..
buat keje lain ke...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Status : 
Lapar lah, nak makan apa ya?

Komen Yang tak Terucap : 
makan Selipar jamban aku nak?
update 'lapar' kat FB takkan buat ko kenyang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Aku rasa macam nak demam je

Komen Yang tak Terucap : 
bagus lah, boleh lah ko Stop main FB,
sehari duk hadap status ko ni buat aku rasa nak demam je
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Selamat Hari Bapa kepada abah yang saya sayangi... 

Komen Yang tak Terucap :
Kenape ko ucap kat wall FB ? pegilah Ucap kat Wall Profile dia !
Tapi takde makna nye lah.. pegi face to face la ngn ayah tu... baru Betul!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Status :
Tido petang dulu! spare untuk pagi buta ni, nak tgk UERO 2012...huhuhu

Komen Yang tak Terucap :
Elok sangat lah, sebelum tengok Euro tu jangan lupa solat Tahajud weh..
lepas tu suka hati ko lah nak tengok Euro sampai meletop TV pon...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau lah ada komen untuk anonymous kat FB ni kan bagus...
boleh hentam sikit..biar dia tahu yang semua orang tak suka status dia..hehe
tapi hentamlah secara berhemah...kalau tak huru-hara FB jadinya... 



Wednesday, 20 June 2012

Di Sebalik Tabir Siri Televisyen Teletubbies



Rasanya budak-budak sekarang ramai yang dah tak tau pasal Teletubbies ni. Jom baca sikit kat bawah nih. 


Mungkin korang sangka penggambaran siri ini di buat dalam sebuah studio, tapi sebenarnya Teletubby-land terletak di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England.



Orang yang memainkan peranan penting di sebalik kostum alien-alien comel ini ialah. Simon Shelton sebagai Tinky Winky, John Simmit sebagai Dipsy, Nikky Smedley sebagai Laa-Laa dan Pui Fan Lee sebagai Po.



Tinggi sebenar Tinky-Winky hampir mencecah 10 kaki, manakala Dipsy (9 kaki), Laa-Laa (8kaki 6 inci) dan Po (6 kaki 6 inci). Untuk menghasilkan ilusi, penggambaran siri televisyen ini memastikan segala objek yang digunakan akan diskalakan mengikut kesesuaian dunia dunia Teletubbies.








Pelakon disebalik watak Teletubbies..


Dari kiri : Lala, Tinky Winky, Po, Dipsy

Wednesday, 13 June 2012

Bila Kawan Lama Anda Call!

Katakanlah anda tengah duduk berehat. Tiba-tiba tepon anda berbunyi. Rupanya kawan lama anda. Anda pun angkat la. Kalau tak angkat nanti kata apa dia pulak.

Pastu anda berbual lah dengan dia. Dari satu topik ke topik lain. Maklumlah dah lama tak call kan. Gelak sakan la jawabnya.Macam-macam cerita yang dibualkan.


Dekat 3 jam bercakap, baru anda perasaan kenapa kawan lama call. Biar betul mamat ne, banyak pulak kredit dia! Anda nak tanya macam tu segan pulak kan. Nanti dia cakap dengan kawan tepon lama sikit pun tak boleh. Tapi nak sedapkan hati anda punya tanya jugak lah.

Ha, ne la jawapan dia sebab call sampai 3 jam. Hampeh betul!!
Kalau aku dapat call daripada member yang memang lama tak contact, dalam kepala aku hanya ada empat kemungkinan;

1) Hari tu besday dia, dapat call free.
2) Nak ajak join MLM
3) Ajak kenduri kahwin dia.
4) Nak pinjam duit.
5) Sebab-sebab lain yang korang boleh fikir

Amat jarang sekali orang call sebab saja-saja nak tanya khabar. Tapi aku rasa kita pun sama jugak kot. Time nak kahwin baru la teringat dekat kawan lama,,hahah. Tak apalah, asalkan ingat. 

Saturday, 9 June 2012

Ayat Power Dari Ustaz Azhar Idrus. NAK TAHU?

Kata2 Ustaz ni selalu berjaya mengetuk & membuka minda kita. Nak tahu apa pula ayat POWER dari Ustaz Azhar Idrus kali ini? Jom baca~!


BerTUDUNGlah walau
TERPAKSA.
SOLATlah walau
TERPAKSA.
PUASAlah walau
TERPAKSA.

Kerana KEWAJIPAN
itu memang
KADANGKALA sifatnya
TERPAKSA..

Dari KETERPAKSAAN
itu,,
Perlahan2 kita akan
menemukan HIKMAH
dan,,
AKHIRNYA HATI kita
menjadi IKHLAS
keranaNya..

Kalau nak TUNGGU
IKHLAS,,
SAMPAI BILA nak
tunggu baru nak
berIBADAH???..

HIDAYAH perlu DICARI,,
BUKAN DITUNGGU..
Macam MAKANAN,
kalau tak suap,,
Ia takkan masuk ke
dalam mulut..

(Ustaz Azhar Idrus)

Monday, 4 June 2012

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz




Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana  kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.



Thursday, 31 May 2012

16 Fakta Sejarah Doraemon


1. Apa maksud nama "Doraemon"?

Nama Doraemon sebenarnya diciptakan dari 2 patah kata: Dora & Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan dan emon adalah kata ganti untuk binatang jantan bagi bahasa tradisional Jepun. So, maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar.





2. Bagaimana menuliskan "Doraemon" dalam bahasa Jepun?
ドラえもん




3. Doraemon mempunyai kod pengeluaran?
Ya! Doraemon memiliki kod, iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot, & dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot di mana ia diciptakan.




4. Birthday Doraemon?
3 September 2112 adalah TARIKH di mana Doraemon terhasil. Doraemon ni lebih kurang robot masa akan datang la.





5. Doraemon mempunyai nombor ajaib?
1293
Doraemon memiliki berat 129,3 kg & tingginya 129,3 cm. Ia boleh berlari dengan kelajuan sehingga 129,3 km/jam ketika ketakutan & melompat 129,3 cm ketika diancam bahaya. Kekuatan maksimumnya 129,3 bhp. Lingkar pergelangan tangannya 129,3 mm. Kakinya berdiameter 129,3 mm. Ia dicipta pada September 3, 2112, di Kilang Robot Matsushiba.


6. Apa warna asal Doraemon? 
Warna cat asli Doraemon adalah kuning. Setelah tahu bahwa telinganya digigit tikus, So Doraemon merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara, dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan tersebut. Bersesuaian dengan pepatah english In Blue bermaksud dalam kesedihan kan. 

7. Doraemon adalah robot yang tidak sempurna dan tambahan lagi Doraemon adalah produk Sub-standard kerana banyak peralatannya tidak berfungsi dengan baik sebagai contoh loceng pemanggil kucingnya.

8. Doraemon pernah bersekolah?
Doraemon memang bersekolah. Nama sekolah Doraemon ialah Robot School (ロボット学校, Robotto Gakkō)

9. Bagaimana prestasi Doraemon di sekolahnya?
Doraemon berprestasi buruk di sekolah robot sehingga tiada yang mahu mengambil Doraemon untuk sebagai teman sehinggalah sampai bayi Sewaishi (cicit Nobita, dimasa akan datang) menyukai Doraemon dan menghantar Doraemon kepada Nobita iaitu Datuknya dimasa lalu untuk menjaga Nobita.

10. Berapa jumlah alat di poket doraemon?
Lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket doraemon mulai dari episod pertama sehingga sekarang, termasuk yang paling popular adalah Doko Demo Doa (Pintu Ke mana saja), Take-copter (Baling-baling Bambu), Kuukihou (Meriam Senapang Angin) & Time Machine (Mesin Waktu)

11. Tombol turn on/off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yang menjadi ekornya.

12. Tangan Doraemon memiliki kekuatan adhesive & daya sedut yang luar biasa sehingga semua benda boleh dipegang oleh Doraemon. Teknologi yang digunakan pada tangannya ini sama dengan gaya gravitai bumi dalam skala mini. Inilah yang menjelaskan bagaimana tangan Doraemon yang bulat boleh memegang barang.

13. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan sebagai kakak & adik?
Ini kerana mereka berdua "dilahirkan" dari satu tangki minyak yang sama dan "Doraemon" lahir terlebih dahulu dari Dorami (2 tahun lebih tua), sehingga ia disebut "kakak", kemudian Dorami juga disewa oleh keluarga Sewashi.

14. Bagaimana Doraemon buang air?
Sistem pencernaan Doraemon walaupun Doraemon ni adalah robot, namun mampu mengolah bahan apa pun menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa ampas. Sebab itulah Doraemon tak pernah berak.

15. Kenapa Doraemon takut pada tikus?
Doraemon takut kepada tikus kerana trauma apabila telinganya digigit oleh tikus sewaktu dia tidur siang hari.

16. Siapa nama awek Doraemon yang juga merupakan kucing asli?
Namanya adalah Mii-chan.